Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday 7 January 2020

Kampung People

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'

Siapa layan kampung people? Kita geng, best wey cerita tu, ada je scene yang buat kita tergelak. 

Actually , sejak aku dah tamatkan perkhidmatan astro ,aku dah jarang layan cerita melayu ni. Bukan je drama ,semua rancangan yang ada dekat tv memang aku tak tahu pun .Nasiblah sekarang ni semua dihujung jari, bukan tv je sumber infomasi, so apa yang viral and tengah hot sekarang dapatlah aku follow Kalau tak memang aku tak tahulah apa yang jadi dekat dunia ni (teruk sangat ni) 

Kalau bukan sebab kawan² aku sembang pasal kampung people ni tak adanya aku curious sangat. Dah dorang bercerita sambil tergelak tak hengat dunia, tinggal aku yang ternganga dengar story dorang sebab tu membuak² dalam diri ni nak tengok cerita tu. 

Tapi, tulah malam ni dah episod akhir dah. Ni yang aku tak puas hati ni, cerita best cam tu episod dia sikit je, ke nak ada kampung people season 2? 

Ikutakan kerajinan yang ada separuh dalam diri ini, aku cadang nak bagi masuk link kampung people kat sini ,jadi senang terus tengok tak perlu pergi youtube . Tapi kemalasan aku yang separuh ni yang buat aku hilang semangat, di tambah pulak aku update blog ni guna phone je. Tak syoklah update blog guna phone. So lepas ni memang aku akan jaranglah update blog sebab pc adik aku rosak ,laptop aku pulak dia rembat bawa pergi ke KK ,hmmm.. 

Jom kita layan Ng aka bloopers kampung people ni.. 


 






Credit : @rashidi_ishak ig
p/s : entah macam mana rupa blog aku ni. .






♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday 9 December 2019

1st Giveaway by YYSELLA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Jom kita meriahkan giveaway saudari kita ni.. Jangan lupa klik banner tu tau..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday 1 December 2019

Review : Extraordinary You (K-Drama)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'



Disebabkan drama ni berlatar belakangkan alam persekolahan memang aku dah letak dalam list Kdrama Must Watch aku. Aku suka tengok drama yang bertema macam ni (cerita dak-dak sekolah), entahlah kenapa. Walaupun cerita sebegini kadang jalan ceritanya agak cheesy dan cliché, tapi drama yang ini berlainan sikit (sikitlah tak banyak) serius! lain dari yang lain.

Sinopsis ;

Drama ini dimulakan tayangannya pada 2 Oktober dan tamat pada 21 November 2019 yang lalu. Ia merupakan adaptasi dari webtoon yang bertajuk ‘July Found by Chance’.  Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) merupakan pewaris tunggal keluarga kaya, cantik, dan memiliki reputasi yang bagus di sekolah. Sayangnya, sejak kecil Dan Oh menghidap penyakit lemah jantung yang semakin kritikal dan dijangka tidak akan bertahan lama. Walaupun begitu, Dan Oh seorang gadis yang ceria dan sentiasa berusaha untuk memikat hati tunangnya Baek Kyung (Lee Jae Wook) walaupun hanya bertepuk sebelah tangan. Pada suatu hari, secara kebetulan, dia mendapati bahawa dia dan semua orang di dunianya sebenarnya adalah watak dalam sebuah buku komik yang bertajuk “Rahsia” (bimil). Memenuhi kriteria gadis remaja sempurna, Dan Oh berfikir dirinya adalah watak utama. Hingga suatu hari ia menemukan kenyataan bahwa dirinya hanyalah watak sampingan. Tidak puas hati dengan nasibnya, Dan-oh memutuskan untuk menjalin takdirnya sendiri dengan mengubah plot cerita itu dan mencari cinta sejatinya sendiri. Harapannya untuk membebaskan diri dari pengawasan Sang Penulis menjadi lebih kuat dari sebelumnya ketika dia tiba-tiba berjumpa pelajar tanpa nama yang digelar Pelajar Nombor 13 (Kim Ro-woon), dan kemuadian Dan Oh memberikan nama Haa-Roo untuknya.

Masa drama ni still on going, asal aku scroll ig memang banyak video clip scene drama ni. Oleh kerana tak nak mood spoiler dan tunggu sampai drama ni tamat baru aku nak tengok marathon, so aku terpaksa pandang sebelah mata. Tak sukalah tertunggu-tunggu episode seterusnya, Penantian itu satu penyiksaan tau, huhu..

Dekat dalam ig tu, banyak scene Baek Kyung dan Dan Oh. Sampai aku mati-mati ingatkan Baek Kyung tulah watak utama lelaki, ternyata eh ternyata bukan pulak. So ceritanya ni banyaklah orang yang tengah SLS (Second Lead Syndrome) dekat watak Baek Kyung ni, Tapi aku tak terkesan pun, SLS aku masih dengan watak Kim Jun Hwan (Ryeon Jun Yeol) dalam drama Reply 1988. Pernah tengok tak? Aku syorkan korang tengoklah tak menyesal punya..



Pengajaran Dalam Drama ;
  1. Setiap dari kita merupakan watak utama dalam kehidupan kita masing-masing tetapi kita jugak akan jadi watak sampingan dalam kehidupan sesetengah orang. Oleh itu, teruskan kehidupan dan berusaha perbaiki diri dan jadilah diri sendiri.
  2. Sekuat apa pun kita berusaha kita tidak akan mampu merubah takdir yang telah ditentukan untuk kita. Andai kita sudah berusaha merubahnya, namum tidak seperti yang kita inginkan maka redhakan saja. Kita harus yakin setiap apa yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik.
  3. Drama ni juga mengajar kita bahawa dalam hidup ini selalu ada risiko. Ke manapun arah dan gerak kita, selalu ada rintangan yang menghalang. Bukan lari dan bukan sembunyi, satu-satunya yang perlu kita lakukan adalah mengahadapinya.


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday 30 November 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Memulakan entry untuk bulan december ni kita join Giveaway. Walaupun pemenang hanya dua orang tapi meh la kita try jugak, manalah tau kita salah satu dari dua orang itu kan? Klik banner dan baca syarat-syaratnya. Senang jew syarat-syaratnya, jangan risau..

Aku nak share pasal quotes. Sebenarnya banyak quotes yang aku suka dari bahasa melayu, English sampailah ke bahsa Cina (wahh..) Tapi takkan nak list semua dekat sini kan? Yang aku rasa quotes tu dekat dengan aku dan yang dah biasa guna jelah aku list sini.

1. Hidup Baik-baik
Quotes ni aku ambik dari satu novel, masa sekolah menegah tengah nak dekat-dekat exam sempat lagi aku pinjam novel kawan aku tu. Tapi aku dah lupalah pulak tajuk novel tu. Deep sangat maksudnya..

2. Que Sera-sera
Quotes bahasa French nilah yang inilah paling kerap aku guna. Kalau korang perasan dekat blog aku mesti ada ayat ni. Mesti korang dah biasa dengar kan? maksudnya pun mestilah korang tau kalau dah biasa dengar. Bagi yang belum pasti apa maksudnya ni saya nak bagitahu. What will be will be..

3. The One who loves more is the weaker one ;


Aku perasan quotes ni dari dialog Lee Kwang Soo dalam drama It's okay That's Love. Memang biasa jugak dengar ayat tu kan?

Untuk Sarah, Happy birthday in advance. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Semoga terus maju jaya.. 




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday 14 November 2019

Review : Strangers From Hell (K-Drama)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Stranger From Hell ataupun Hell is other people merupakan drama Korea yang diadaptasi dari Webtoon dengan tajuk  yang sama. Drama ni ditanyangkan pada 31 Ogos hingga 6 Oktober 2019.

Genre drama ni Psychological thriller. So sebab itu aku agak berkira-kira jugak nak tengok sebab genre drama ni aku tak seberapa nak berkenan. Tapi bila tengok jumlah episod yang cuma 10 episod, terusik jugak hati aku ni nak tengok.

Mula-mula tengok tu timbul rasa penyesalan (sikit), hehe.. Sebabnya episod pertama pun dah buat kita rasa tense dan nerve wracking. Tapi tulah, perjalanan harus diteruskan (tiberrr..) aku tekad jugak habiskan 10 episod tu dengan penuh debaran.

Inilah drama yang membuka mata aku untuk melihat Korea ni dengan sisi yang lain, sebab selama ini aku tengok Korea ni tempatnya best-best, menarik, indah dan permai (overnyaa..) walaupun aku tahu realitinya taklah macam yang aku bayangkan. Setiap tempat ada keistimewaannya, negara kita pun tak kurang hebatnya, banyak juga tempat yang best dekat Malaysia ni, kan?

Sepanjang tengok drama ni, semua lokasi dan tempat drama ni aku rasa creepy, even tengok drama korea yang bergenrekan hantu taklah aku rasa creepy sangat melainkan hantu dalam cerita tu buat aku terkejut (cakap besar nampak!). Sebab drama ini jugaklah aku dapat rasakan macam mana tekanannya hidup dekat Korea tu. Semua sedia maklum yang Korea Selatan merupakan antara negara termaju, so rakyatnya harus berusaha dan berlumba-lumba untuk tingkatkan taraf hidup mereka. Wow, sebab tengok drama jew boleh rasa tekanan tu?! Bukan kaleng-kaleng drama korea ni, daebakkk..(haa, tepuk!) *apa aku merepek sebenarnya ni? =.=”

Sinopsis ;
Yoon Jong-Woo (Im Si-Wan) is a man in his 20's. He has lived in a small town for all of his life, but he gets a job at a small office in Seoul. Yoon Jong-Woo moves out to Seoul and stays at a cheap apartment which shares its kitchen and bathroom with other residents. He doesn't like staying at the apartment and he doesn't like the other residents who seem weird and suspicious.
source : asianwiki
Banyak yang puji lakonan Lee Dong Wook dalam cerita ni menjadi. Memang menjadi sangat, sebab dalam drama-dramanya sebelum ini senyumannya itu mampu merncairkan hati wanita-wanita yang melihatnya (cewahh). Tapi dalam drama ni aku tak mahu dan takut tengok dia senyum. Seriously, seram weyy!!! Oppa jjang !! Pelakon-pelakon yang lain pun boleh tahan jugak even ada yang aku tak pernah nampak berlakon tapi berjaya jugak bawakan watak psychopath. Drama ini jugak merupakan projek pertama Im si Wan selepas menamatkan Military Service.

Ending drama ni agak plot twist. Kepada yang dah tengok drama ni tapi tak paham sangat endingnya, aku suggest korang baca entry ini. Mungkin akan bantu korang paham..

Last but not least, moral of the story from this drama ;
  1. Jangan terburu-buru untuk mengambil keputusan
  2. Selalu waspada dengan orang asing, jangan mudah percaya
  3. Jangan ragu dan takut melaporkan hal ganjil yang berlaku di sekeliling kita
  4. Prihatin dengan kawan atau keluarga kita yang mengalami masalah

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019