Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Saturday 28 April 2012

Bengkak tuu ..

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi !!

Hola pepps .. Tengah buat apa tu ?? sihat ke ? hehe .. Hurmm .. Hari nie dah masuk 2 hari aku tak pegi kerja . Rugi rasanya . Eh !! napa tiba2 aku rajin nak pegi keja nie?! haha .. Bukan apa, baru aku nak nikmati bekerja tanpa diktator2 kat tempat keja tu, kawan2 kata kalau dua hantu tu tak ada aman dunia terasa , wuu .. ruginya aku !! aishh .. kenpala tyme ketiadaan dorang aku kena accident yang kecil nie? tak boleh jadi nie, grrr !!

Accident kecil ?! nak tahu apa ??


Hee .. comel tak kaki aku sebelah kiri tu ?? >.< .. Jangan jeles tau ?ahak .. Nak jugak tak? huhu .. just joke !! Bengkak yang itu dah tak seberapa, tak macam yang kemarin tu, dah la bengkak, warna kemerahan , and rasa panas lagi. Mungkin sebab bisa haiwan tu. Comel tu memanglah comel , tapi seksa tau rasanya kalau nak bejalan . dah macam si capik dah aku rasa kalau berjalan,haha .. Bila dah berjalan pulak rasa macam berdenyut2 .

Macam mana boleh terjadi ?! hmm.. panjang cerita dia,huhu .. Di suatu pagi yang hening, ceh !! (nak kena cepuk budak ni!!) haha ,leklu.. Macam nie, lepas habis sarapan pagi macam biasa tapi dengan semangat yang luar biasa , iyalah apa tak happy, tiada diktator yang menyebalkan di tempat kerja hari ini .. Lepas dah minta izin dengan mak nak betolak pegi kerja aku pakai la kasut . aku main pakai je, macam biasa . Siap pakai kasut sebelah kanan , kasut belah kiri pulak dan  MMMMMAAAAAAAAAKKKKKK !!!!! terus aku lempar kasut tu kerana terkejut . My mum and my bro datang dengan muka panik "kau kenapa ?" Sambil senyum aku cakap lah ada somenthing dekat dalam kasut tu. Bila my mum chek, tak ada apa2 gak yang keluar . Untuk menutup rasa malu aku tersengih2 je sambil menahan sakit (ala .. sakit macam kena gigit semut yang besar berwarna hitam tu, pernah rasa tak ?) Ingatkan kesakitan tu sekejap je so aku tahan lah dengan niat mahu pergi kerja tu tetap ada , tapi bila tengok darah kat kaki (bahagian tepi ibu jari kaki) rasa sakit tu menjadi2 pulak  tapi aku tetap cool . Lama kelamaan bekas gigitan binatang tu jelas ketara coz berwarna biru kehitaman (lebam la tu) .. Tiba-tiba kesakitan tu semakin lama semakin naik ke kaki , mula-mula kat betis. Rasa macam urat aku macam di tarik2, itu yang aku tak tahan dan mula la aku bernyanyi kesakitan ( nangis la tu ). aku nak berdiri tapi macam tak boleh lak, my bro dengan lagaknya seperti abang berkata "tak payah pergi kerja la !" , pastu dia papah aku masuk dalam rumah .

Lama kelamaan aku tersa sakit tu dah mula naik kat paha aku .. itu yang semakin menjadi-jadi nyanyian sumbang ku .. Serius !! sakit sangat , rasa kaki sebelah kiri nie kejang . Aku tak tahu mahu buat apa lagi selain menangis . Kesian my mum , dengan muka yang panik dia asyik ke hulur-hilir cari ubat . Segala minyak sapu dia bagi kat aku .. Terima kasih mak, sayang mak .. Hanya tuhan dapat membalasnya^.^ .. Bila may dad sampai dia terus suruh kami bersiap nak hantar saya ke klinik katanya .. Dengan susah payah aku turuni tangga rumah, baru sekarang aku perasan betapa tinggi rumah aku nie . Bila dah abis turun tangga , aku telan liur tengok perjalan yang harus aku lalui sebelum sampai jalan utama kampung . Rumah aku letaknya nun jaoh kat belakang, so kalau nak pegi kena lah naik and turun bukit ,hehe.. Kereta tak boleh masuk la hanya khas untuk pejalan kaki je ..

Balik story tadi , my dad offer la kalau2 aku mahu di gendong ka tidak , oleh kerana malu di lihat oleh jiran2 aku menolak . Aku kuatkan kudrat ku berjalan , tapi !! mungkin my dad kesian tengok aku berjalan macam tak boleh jalan dia terus angkat aku sampai kat jalan utama . Malu weyyy !! apa-apa pun Terima kasih pak , sayang bapak !! .. kat dalam kereta parents ku asyik kata lain kali chek sebelum pakai apa2, baju ka kasut ka .. dan aku belum berenti dari menangis, kenapa? sebab sakit la , aduh !! 

Bila dah sampai klinik doktor bagi suntikan la pulak, aduh.. nie yang aku tak suka nie !! and then, aku di bagi 3 biji ubat untuk di makan .. Bila ingat balik macam lucu pulak, ahaha ..
So peringatan kepada kawan-kawan and diri aku sendiri ; kalau nak pakai kasut tu chek la sebelum pakai , tau kan cara nak chek? takkan nak di ajar kot ? aku yang patut di ajar ,hehe ..


p/s ; sebenarnya aku belum pasti lagi apa benda yang gigit aku , tapi meurut sumber2 yang boleh di percaya sikit , dorang kata bekas gigtan lipan . Lipan tu mungkin besar coz tengok dari bekas gigitannya . Tapi entah la.. Masa aku lempar kasut tu tak pulak benda tu aku tengok keluar , jeng .. jeng .. jeng .. ni satu misteri nie, ahaha ..



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019