Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday 31 August 2012

15# Wordless Friday (Adat Berkasih)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday 30 August 2012

Raya oh Raya !!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Diam tak diam sekarang nie dah 12 Syawal kan? Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru semalam aku pergi beraya dengan kawan2 (bolehkah macam tu?) ahaha..Rakan2 blogger dah banyak post pasal raya mereka sampai berepisod2. Siap upload gambar yang cantik2 lagi. Jeleslah sikit, tapi tak banyak, hee..

Aku tak banyak sangat snap gambar tyme raya nie, maklumlah sejak diriku kehitaman rasa nak berposing depan kamera tu kurang. Malu sangat nak tengok kamera, serius!! aku malu nak tengok hasil gambar tu.Gambar dengan family pun tak ada! Tengoklah, betapa malu tahap gabannya aku kan? hanya kerana kulitku yang kegelapan, ish2!

Berbalik cerita raya, raya pertama aku tak dapat pergi mana2 pun sebab sibuk bantu mak masak. Banyak benda belum kami settlekan, sampaikan kami tak pergi sembahyang raya. My dad dan adik2 saja yang pergi.

Raya ke-2 baru aku beraksi, ahaha.. Wadi macam biasalah, datang rumah awal pagi, Nasib aku dah bangun tyme tu.. Mula2 aku, Wadi dan Cinta (Echa) turun bandar nak jumpa kengkawan yang lain. So di bandar tu kami jumpalah dengan Ica, Amil, Andi dan satu lagi budak lelaki tu aku tak kenallah pulak, tak ingat nama dia. Tahun nie, kami kurang seorang ahli Rullah. Dia tak dapat join sebab sekarang dekat Melaka (agaknyalah)

Lepas kami semua dah berkumpul, kami terus direct ke sasaran pertama, huhu.. Rumah Tijah. Di rumah Tijah kami dah bertambah ahli, Ina dan kekasih hatinya join kami. So jumlah keseluruhan kami seramai 10 orang termasuk aku.

Psstt !! Ada kisah lucu nie? Tapi takot pulak nak cerita nanti kang orang nie kerjakan aku pulak. Tapi tak apalah, tak ada masa kot dia baca blog aku nie, ahaha.. Begini, tyme nak balik dari rumah Basri (boyfriend aka selingkuh Tijah), aku, Ica, Tijah, Wadi dan (oh ya!) ada penambahan seorang kawan lagi, tapi aku tak ingatlah nama dia. Tak apalah, siKawan lah namanya, hee.. Kami berempat tunggu kawan2 yang lain dihantar keluar. Almaklum, rumah Basri tu agak jauh masuk dalam. Keretanya pun kecik saja so terpaksalah Basri ambil pergi dan balik 2 trep.

Dalam kami menunggu tu, terjadi perkara yang agak lucu tapi mengejutkan. Bila ingat rasa nak ketawa terguling2 pun ada, haha.. Masa tu, aku tak pasti apa yang Ica dan Tijah kecohkan, aku lak tyme tu tengah bercakap dalam telefon dengan little bro aku. Tiba2 aku tengok Wadi jatuh dalam parit. Dia jatuh depan mataku, tapi aku tak dapat berbuat apa2. Dalam hati sempat berbisik,"kawan apa aku nie?" Mungkin agak lama jugak aku berdiam, sampaikan little bro aku menjerit panggil aku. "Sorry Deq".

Tapi syukur jugaklah Wadi jatuh dengan cara bermaruah. Dia jatuh dengan cara berdiri, ada stail tau,haha.. Nasib ada paip air yang sebesar 6 inci tu tempat dia berpijak. Dan syukur jugak air parit tu tak tinggi/banyak. So dia pun tak kotor sangat, skirt dan kaki dia saja yang kotor. Tijah terus kol Basri minta dia bawakan air untuk Wadi. Kejadian tu macam sekelip mata saja, itu yang kami anggap itu sebagai lawak, nasib wadi tak kisah. Kami pun hairan entah macam manalah dia boleh jatuh.

Lepas kejadian tu, kami teruskan perjalanan kami. Dah puas aku merepek, saatnya tengok gambar pulak. Walaupun tak banyak, tapi kira adalah nie ye..





Err.. punyalah sikit !! ahaha.. Oklah, itu sajalah kali nie.. Selamat Hari Raya. Maafkan kita nie kalau ada terkasar bahasa dengan anda2 semua ya?? 

p/s : tengoklah betapa pemalunya aku, asyik menyorok saja bila bergambar, ahaha .. malu gila..







♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Aku pun Terkono !!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi(^.^)v

Lepas boring buka facebook, aku buka Tagged pulak. Seperti biasa, banyak pulak noti (notification), entah apa2 sajalah yang yang di notikan untuk aku.

Kemudian, aku buka mesej pulak, haaaah !!! Disitulah terjadinya benda yang memang aku takut terjadi dengan diriku..

Semalam aku ada baca post AyuJean , pasal lelaki yang gila seks. Seram jugaklah bila baca. Tak dapat aku nak bayangkan kalau benda tu jadi depan mata aku. Trauma agaknya, Nauzubillah..

Tadi pulak aku terbaca di post Sue pelik, lebih kurang jugaklah. Tapi yang ganggu Sue nie budak prempuan (budak ke??). Lesbian agaknya.

Dan turn aku pulak ; 
klik untuk lihat lebih jelas..

Punyalah terkejut aku, terbeliak biji mata nie baca mesej jantan yang entah dari mana asal usulnya nie. Hahh!! ambik kau, kena cop GILA lagi, ahaha.. Aku saja tak padam nama dia, biar satu dunia tahu. Tapi tak ada pulak pic dia, ish !! Aku malas nak pegi profile dia, tak penting pun. Tak ensem kali, hee..

Macam2 benda yang terjadi didunia nie. Dunia semakin pelik. Kenapa sampai ada orang yang macam tu eh?? Tak paham la.. Agaknya mungkin dunia nie dah akhir zaman kan?? 
-Subahanallah-



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday 29 August 2012

Apalah Nasib o(╥﹏╥)o ..

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Accummm !! adeh !!! Apalah nasib diriku. Kesiannya, asyik bersin dan batuk jak. Hidung nie tebal sudah rasanya, pedis pun ada sebab selalu digosok dan dilap. Kang kalau tak lap kang ada lak benda meleleh kuar dari hidung, euuwwww !! (✖╭╮✖)..
Yang sandinya, kadang2 terpaksa bernafas dari mulut kalau hidung tersumbat, nasib ada minyak balsam nie jadi penyelamat. 

Air mata nie asyik nak kuar jak, entah apa yang aku sedihkan. Putus cinta kalik? ndak mungkin, bercinta pun ndak, hmm.. Sudah tu berat lak, bila aku pejam ndak pulak mau tidur? Aishhh..

Rumah nie ndaklah besar mana pun, tapi ndak tau kenapa hari nie aku rasa besar betul pulak. Sunyi aku, parents dengan adik2 teda di rumah, masing2 dengan agenda mereka. Tinggallah aku bertemankan kucing2 dan kura-kura kesayanganku. Tapi dorang nie asyik tidur jak bah!! grr...

Siapa yang mau kesiankan aku nie?? Dahlah selesma, demam lagi tinggal sendiri sak di rumah pulak tu, aduh !! Kesiankan diri sendirilah nampaknya aku .. Sabar sak lah aku ⊙︿⊙ ..

p/s : mood sekarang entah apa2, so maaflah terguna bahasa baku Sabah pulak õ.O ..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Lady Gaga menyampaikan mesej syaitan melalui lagu2nya?!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi(^.^)v

Siapa yang tak kenal dengan Lady Gaga?? Mesti semua kenal kan? Artis terkenallah katakan, satu dunia tahu. Aku taklah minat sangat dengan wanita itu. Biasa2 saja.. Siapa peminat fanatik beliau (perlukah dia dihormati?) , lepas baca sampai abis nie mesti anda semua tukar fikiran (mungkin).

Tadi, oleh kerana aku tak tahu nak buat apa, aku buka Tagged.com. Kira macam laman sosial jugaklah, tapi aku dah tak aktif sangat. Banyak jugaklah notification aku dapat, almaklumlah jarang online benda nie, asyik layan Fb dan blog saja.

Nak di pendekkan cerita, aku bukalah "share video", banyak jugak kawan2 yang nak share video dengan aku tapi satu pun aku tak berkenan nak tengok. Sampailah mata aku ternampak video nie..

Ternganga jugak aku bila dah abis tengok video nie. Masya Allah.. bijaknya mereka mempermaikan kita. Banyak lagi sebenarnya video yang sewaktu dengannya. Kalau nak tengok korang pandai2lah cari dekat youtube, kat sana kan macam2 ada. Jangan tengok benda lain sudahlah, hehe..
_Semoga Allah melindungi kita_ -AMIN_

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday 28 August 2012

SEGMEN : Bersama warna kegemaranku

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Kuning a.k.a Yellow adalah warna febretku. Dalam dulu sampai sekarang aku memang suka kuning tu. Walaupun banyak perkataan negatif yang dikaitkan dengan warna kuning aku tak peduli, adaku kesah?! ahaha.. Aku pun tak pasti sebab apa aku gilakan warna nie. Tapi bila aku terlalu banyak tengok warna, tanpa kuning aku akan rasa kekurangan, hmm.. Sampai begitu sekali kan?hee..

Nak tengok bukti ??

hehe .. Nie hanya salah satu gambar aku yang boleh di jadikan bukti. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukup yang ini sajalah kan?? 
Blog aku pun blh di jadikan bukti jugak kan?? Tengoklah betapa kuningnya blog ini, hee.. Kepada yang tak suka kuning tu harap maaf la ye?heee..

Ok done. Kepada siapa yang nak join meh la ramai2 kita join. Just klik banner dekat atas tu, dan ikut semua syarat yang owner dah tetapkan..

Nak tag mereka;-
(hadiahnya macam untuk perempuan saja, so..)


Tarikh tutup : 30 Sept 2012 (lama lagikan?)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Contest : Fizgraphic Vector Gambar Saya!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Jom kita ramai2 join Contest yang Apit adakan. Bukan selalu tau beliau buat contest mcm nie. So tunggu apa lagi, kalau nak join klik banner dan ikot syarat2 yang telah ditetapkan.

2 Sebab ;-

1) Memang dah lama tepigin nak ada gambar dalam versi vector nie. Kalau tengok gambar yang divector macam cantik je, macam cute je. Tu yang nak test tu, gambar aku nie ok tak kalau versi vector, hehe..

2) Semua hasil kerja Apit terutamanya doodle aku memang suka, minat gila nie. Selalu jugak nak try buat, tapi tangan dan otak tak sekreatif Apit.*kesian..

Nak tag mereka;-


Tarikh Tutup : 30 Ogos pukul 12.00 tengah malam

-SEMOGA BEJAYA-






♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday 26 August 2012

Aku Dah Bebas ..

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Tak lama lagi kita akan sambut kemerdekaan yang ke-55. Syukurlah setakat nie negara kita aman damai, walaupun sekali sekala di uji dengan pelbagai perkara yang mungkin boleh menyebabkan "sesuatu", wuu.. bunyi agak suspen kan?haha..

Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kemerdekaan pun, aku nak cerita pasal kemerdekaanku, hehe..
Finally, aku dah buat keputusan aku dah tak mahu kerja di tempat kerja aku hari tu. Bukan taste aku pun kerja di situ*berlagaklah pulak. Betullah kata Ejum, kalau kita tak ihklas buat kerja senang saja kesalahan kita dikesan.

Sebenarnya bukan aku nak sangat pun kerja disitu. Biasalah bila kita ikut rasa memang beginilah jadinya. Aku sebenarnya nak rasa sebulan begitu je kerja kat situ. Tapi oleh kerana nak jaga air muka Yunie and familynya aku gagahkan saja kerja disitu, dan kononnya akan berhenti bila Yunie dah berhenti, tapi tak tau kenapa tersangkut pulak aku selama 7 bulan lebih. Sekejap saja kan sebenarnya? tapi selama itulah jugak aku rasa betul2 terseksa. Aku berdoa agar hari2 yang aku lalui disitu berlalu dengan cepat.

Selama aku kerja di situ bertukar-ganti saja pekerja perempuannya. Kamu rasa kenapa? Gaji ok je, boleh tahan, cuma orang yang besar kepala kat situ yang bikin orang tak tahan sangat. Aku perna juga cerita pasal 2 orang tu kan? tak perlulah aku cerita lagi yang penting aku tak akan lagi tengok muka mereka berdua tu tiap hari. Aku boleh lalui hari2 aku dengan penuh ceria dan gelak ketawa, hee..

Semoga keputusan yang aku ambil nie Allah redhai dan akan buat aku happy :)

Alhamdulillah, Thank you Allah




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday 22 August 2012

My First try ^^

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Selamat Hari Raya semua, hehehe ..

Hari ini dah hari raya yang ke-4, tak sangka kan cepat sungguh masa berlalu? Ramadhan dah berakhir, semoga Allah panjangkan umur kita untuk ramadhan yang seterusnya, InsyaAllah..

Hari ini aku tak pergi mana2, penatlah. Duduk rumah jelah jawabnya. Nanti kalau ada masa aku updatelah pasal apa yang berlaku tyme aku pergi berziarah dengan kawan2, InsyaAllah. Tapi sekarang nie aku nak cerita pasal percubaan aku yang pertama buat kek. 

Anda semua mesti tahu Kek Batik kan?? Orang kata, dalam banyak2 kek, kek Batiklah kek yang paling senang dan ringkas untuk dibuat. Tak perlukan adunan yang banyak. Bahan2 yang digunkan pun senang untuk dicari. Tapi kadang2 benda yang senang kalau ada something yang tak kena pun takkan menjadi, kan?

Entah apa yang menarik aku nak buat kek nie, tyme puasa lagi aku memang terfikir nak try buat kek batik. Tapi disebabkan sibuk,*sibuklah sangat!! so tak dapatlah nak buat. Dulu aku tak payah nak susah2, coz Mak Yunie akan buat dan bagi aku sedikit, aku just makan saja. Tapi sekarang aku malu nak ambik, Yunie tak ada kat sini :(

Aku nie kadang2 orang kata hangat2 tahi ayam, beriya2 nak buat, tapi bila dah ada kesempatan timbul pulak malas aku. Baru2 nie aku ada beli majalah Remaja, disitu ada cara2 nak buat kek batik. Aku apa lagi semakin excitedlah nak test buat kek tu.

Disebabkan raya pertama dan ke-2 aku agak sibuk so tak dapatlah nak tunaikan hajat aku. Tapi bila Lisa msg dan ajak pergi bandar coz dia nak minta tolong teman beli barang2 keperluan dia untuk ke UMS, aku apa lagi ambik kesempatanlah nak beli bahan2 untuk buat kek tu.

So semalam, dengan excitednya aku buatlah kek tu. Mula2 gementar jugaklah, besalah first try katakan. Mak, mak cik dan adik aku Jalil ketawakan aku. Mereka pandang rendah dengan aku?! Semua cakap benda yang sama, "eleh, pandaikah kau masak?!" Takpa, aku tak kisah sekurang-kurangnya mereka dah menaikkan semangat aku, hehe..

Dengan 1% bantuan dari Mak, dan 1% lagi dari Macik aku dapat hasilkan kek batik yang 98% dari hasil buatan aku, ahaha.. Inilah Hasilnya


Nampak macam jadi kan? Aku pun tak pasti sangat benda nie jadi ke tidak. Aku malu nak nilai hasil kerja aku sendiri kang nanti orang kata pulak aku masuk bakul angkat sendiri, takmo2, hoho.. Tapi aku rasa macam manis sangatlah, orang kencing manis boleh kencing malam jadinya nie..

Yang bestnya, Mak senyum (mungkin bangga sikit dengan one & only anak daranya nie) and then, mak kata " ada jugak hasil buatanmu yang boleh di makan", hehe.. Pujiankah itu mak?!

So kalau kamu nak nilai hasil buatan aku nie jemputlah datang rumah, dengan segala hormatnya dipersilakan, hee..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday 9 August 2012

14# Wordless Thursday (Kerana Allah)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday 6 August 2012

1st Giveaway by Safiena

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Jom join Giveaway nie ramai2 .. Klik banner untuk informasi yang selanjutnya. Jangan lupa ikut semua syarat2 di situ ya?

Wishlist :-
1) Laptop Acer
2) Ipad
3) Nak bela Arnab
4) Cari kerja yang best
5) Nak menag GA nie

Kenapa perlu domain? :-
- Sebab kalau guna domain nie senang sikit nak ingat dan taip url. Kalau guna blogspot agak kacaulah sikit kena2 bila kita terlupa ejaan blogspot tu (ada ka gitu?). Tapi guna domain nie antara wishlist aku jugalah, tapi belum tahu cara nak daftar. Manalah tahu ada rezeki aku melalui GA nie guna domain, hee ..

Tag :-


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday 4 August 2012

Malang tak Berbau

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Pada hari ahad yang lalu, iaitu 29hb Julai 2012 bersamaan 10 Ramadhan, adik aku yang baru saja nak bersuai kenal dengan motor yang dia baru beli 2 hari (kalau tak silap) dah dapat kenangan dan juga parut yang mungkin takkan hilang buat selamanya

Kecian kan?! memanglah.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi nak buat macam mana, benda nak jadi. Tengoklah keadaan motor di atas tu, agak teruk jugaklah kerosakkannya. Sekarang nie dalam proses membaikpulih. Mesti anda nak tahu keadaan tuan punya motor jugakkan?? 

Perhatian !! : Agak mengerikan dan mengelikan bagi sestengah orang, so siapa yang memang tak boleh tengok tu diharap janganlah beranikan diri tengok ya?

Sekarang nie orangnya sihat walafiat jugak. Tak macam orang sakit pun. Tak boleh nak duduk diam, ada saja dia nak buat walaupun keadaannya tak mengizinkan. Biasalah istaring kan, memang begitu konon!! Nak larang pun bukannya dia nak dengar, so tengok jelah apa yang patut.

Adik aku seorang nie susah sikit nak makan obat, memang langsung tak suka nak makan obat sejak dia kecil lagi. Kami risau jugak manalah tau kalau2 ada dalaman yang cedera. Well, tak blh nak kata apa dah kalau dalam kapla ada batu duduk dalam besar punya, ahaha..

Sadis jugaklah adik aku nie aksiden, sudahlah badan bergeser dengan aspal, kena pijak lagi dengan motor, kawan dia sendiri pulak tu. Tapi benda tu tak disengajakn juga. Sebab itulah adik aku tak nak besarkan hal tu bila aku suruh dia bagitau parents pasal benda tu, dia tak mahu. Adik aku kata, "tak apalah, kawanku jugak. Kalau orang lain lama uda tu kena". Laa, macam tu jugak pun ada ka?!hmm..

Semangat setia kawan saja yang adik aku nie sama dengan aku, yang lain2 kami memang tak sehaluan. Perangai kami berdua ni agak kontra. Tak macam adik aku yang bongsu, perangai dan minat kami memang hampir sama. Tapi sekarang nie aku bukannya nak bandingkan adik2 aku ya? Harap maklum..

Yang aku tak puas hati, ada yang menyalahkan warna motor tu. Kononnya tak bolehlah guna warna tu, tak selamatlah, apalah, grrrr !! Apa kes warna yang disalahkan?! Disebakan itu adik aku cadang nak tukar warna motor tu, dia dah taknak guna warna itu lagi, kononnya sebab warna tu dia jatuh. Ngeh, nonesense !!

Dah dia yang tahu hari dah nak masuk magrib tak tahu nak balik rumah, Alih2 nak salahkan warna pulak. Adil kah macam tu?! Punyalah suci warna tu dia nak tuduh macam2 lak, warna tu tak bersalah, huhu. Sekeh kang baru tahu !!. Maaflah aku ter'emo lak gara2 warna, hehe..

Raya tinggal 2 minggu lagi nie?? Agak2 dapat kah kau sihat cepat deq?! Hmm.. Harap2 lah ya?? Kecian lak nanti ko. Cepat2lah sihat ya? Jangan risau kakakmu ini akan doakan kau cepat sembuh ya adekku.. :)

Amiiiinnn...


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

13# Wordless Saturday (Menyebalkan!)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


notakaki : macamlah best sangat tagged nie sampai nak crowded !! *kenapa aku bengang nie?!*


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saya Nak Kad Raya

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Walaupun teknologi sekarang dah canggih, tapi berbagi2 kad raya tetap tak di lupakan.. Nak kad raya nie?? Jomlah join segmen nie.. Klik banner ya??

Tarikh tutup 5hb OGOS, 2012 jam 9.00 malam


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019