Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Sunday 26 August 2012

Aku Dah Bebas ..

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Tak lama lagi kita akan sambut kemerdekaan yang ke-55. Syukurlah setakat nie negara kita aman damai, walaupun sekali sekala di uji dengan pelbagai perkara yang mungkin boleh menyebabkan "sesuatu", wuu.. bunyi agak suspen kan?haha..

Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kemerdekaan pun, aku nak cerita pasal kemerdekaanku, hehe..
Finally, aku dah buat keputusan aku dah tak mahu kerja di tempat kerja aku hari tu. Bukan taste aku pun kerja di situ*berlagaklah pulak. Betullah kata Ejum, kalau kita tak ihklas buat kerja senang saja kesalahan kita dikesan.

Sebenarnya bukan aku nak sangat pun kerja disitu. Biasalah bila kita ikut rasa memang beginilah jadinya. Aku sebenarnya nak rasa sebulan begitu je kerja kat situ. Tapi oleh kerana nak jaga air muka Yunie and familynya aku gagahkan saja kerja disitu, dan kononnya akan berhenti bila Yunie dah berhenti, tapi tak tau kenapa tersangkut pulak aku selama 7 bulan lebih. Sekejap saja kan sebenarnya? tapi selama itulah jugak aku rasa betul2 terseksa. Aku berdoa agar hari2 yang aku lalui disitu berlalu dengan cepat.

Selama aku kerja di situ bertukar-ganti saja pekerja perempuannya. Kamu rasa kenapa? Gaji ok je, boleh tahan, cuma orang yang besar kepala kat situ yang bikin orang tak tahan sangat. Aku perna juga cerita pasal 2 orang tu kan? tak perlulah aku cerita lagi yang penting aku tak akan lagi tengok muka mereka berdua tu tiap hari. Aku boleh lalui hari2 aku dengan penuh ceria dan gelak ketawa, hee..

Semoga keputusan yang aku ambil nie Allah redhai dan akan buat aku happy :)

Alhamdulillah, Thank you Allah




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

4 comments:

  1. eh?lame jugak awak dah keje situ erkk ?
    sabar je lah ok.. hope awk ade peluang keje kat tempat laen..n.n

    ReplyDelete
  2. lama ke?? hehe.. agaknya la..

    iya, insyaAllah.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Selamat menempuh alam pekerjaan baru. semoga tabah menjalaninya.. :)

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019