Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Wednesday 23 October 2013

10 Cara Elakkan Patah Hati

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v



Hallo uolls.. Entry yang lalu aku post lirik lagu Patah Hati by Hafiz kan? Korang janganlah salah faham, aku tak patah hati pun, cuma suka dengan lagu tu. Tapi sebenarnya adalah jugak sikit hati tu nak patah, hehe.. So untuk elakkan virus patah hati nie merebak di dalam hati dan mematahkan hati kita, apa kata kita ikut tips2 yang aku nak share nie..

01. Bagitahu kawan2
- Kalau kawan2 kita tahu, sekurang-kurangnya mereka tak sebut atau bertanya pasal si dia di hadapan kita.

02. Ubah Status
- Dalam facebook korang ubahlah status dari "In Relationship" kepada "Single". Biar semua orang tahu kamu tiada kaitan lagi dengan si dia.

03. Menghapuskan Memori
- Hapuskan benda yang boleh mengingatkan kamu dengan si dia seperti gambar, lagu dan hadiah2 yang diberi. Tak perlu di simpan kot semua tu kalau dah tak bererti lagi, kan?

04. Makan Ais Krim
- Sejukkan hatimu dengan menikmati ais krim daripada pelbagai rasa.

05. Baca Komik
- Bacalah buku yang berunsurkan humor macam komik atau ujang.

06. Berkenalan dengan kawan baru
- Menerima tawaran dari kawan2 yang ingin memperkenalkan kamu kepada rakan2 lelaki/perempuan yang mereka kenal. Anggaplah ini  sebagai peluang untuk mengenali lebih ramai rakan.

07. Berhubung semula
- Menelefon atau berteman semula dengan rakan2 lelaki/perempuan yang dahulu kamu tinggalkan semata-mata kerana dia. Jangan takut untuk hubungi mereka, kamu punya sebab tersendiri.

08. Tidur
- Tidur adalah salah satu aktiviti yang boleh melupakan kamu kepada si dia. Kalau hari cuti dah tak tahu nak buat apa, tidur sajalah! Rehatkan badan ye..

09. Main Game
- Sekarang nie, telefon dah canggih kita boleh download game banyak2 yang kita suka. Contoh game yang popular sekarang macam candy crush, angry bird, poudespicable me dan banyak lagi..

10. Meluah ft Menulis
- Luahkan perasaan pada sehelai kertas, tulislah sebanyak mana yang kita mahu, bila dah puas hati bakar kertas tersebut dan anggaplah kamu dah buang semua benda negatif dalam diri. Bagi yang suka berkongsi cerita pulak apa kata luahkan di dalam blog, manalah tahu ada kawan2 yang mengalami benda yang sama dan boleh berkongsi pengalaman.

So, aku harap apa yang aku kongsi ni bolehlah bagi sedikit sebanyak bantuan untuk elakkan diri dari patah hati. Tapi the most important thing is apa2 pun kita kenalah minta dengan Tuhan agar kita diberikan petunjuk dan dicekalkan hati. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.. Wallahualam..

p/s: bila rasa patah hati, aku akan nangis sepuas  hati and lepas tu baru aku akan rasa lega sangat.

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019