Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday 25 November 2013

Mengenali Kelakuaan si Arnab

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Selamat malam semua.. Semalam aku ada update entry pasal arnab2 aku kan? Sekarang nie aku mahu berkongsi pulak pasal tingkah laku arnab.

Bukan manusia sahaja yang perlu kita faham, haiwan pun perlu jugak termasuk arnab kesayangan kita. So let's check this out ..



1. Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

2. Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

3. Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

4. Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja

5. Menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

6. Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

7. Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

8. Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

9. Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda

10. Mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relax

11. Makan najisjangan hairan arnab anda tidak apa-apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien

12. Menaikkan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. (nak kencing)

13. Berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

14. Menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian

15. Cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda

16. Jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya

17. Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

18. Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat

19. Arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya

20. Jika anda mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk mengawan

21. Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera

22. Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.

23. Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

24. Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

25. Terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian

26. Perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah.

okey, itu sahaja kot.. Selamat memerhati, hee..

p/s : belum pernah aku dengar arnab aku menjerit, macam manalah tu agaknya.. hee..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday 24 November 2013

My New Familia (Inci & MInci)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hye u'olls.. Hari ni aku happy sangat coz my mum dah belikan seekor lagi arnab. Minggu lalu dah beli satu tapi lumrah dunia setiap yang bernyawa mesti bertemankan? So now, dah cukup dah sepasang arnab aku mudah-mudahan berkekalanlah hendaknya sampai ke anak cucu, hehe ..


Yang di atas ni my mum belikan minggu lalu (17 Nov 2013), kami bagi nama Inci. Kononya jantan, tapi kesahihannya belom di kenalpasti. Yang baru beli pulak kononya betina. Kalau ada masa nanti aku upload gambar dia ye?. Kami bagi nama Minci, ahaha.. sweet gitu..

Sebelum nie aku ada jugak beli arnab, aku ada post entry tu di sini, tapi umurnya tak panjang. Tiada jodoh kami bersama, cewaaahhh.. Yang sedihnya bukan sekali tapi dua kali, sakit hati sangat!! Yang pertama mati sebab monyet aku yang ganas tu, adakah patut dia pergi gigit?! Geram sangat masa dapat tahu, mahu saja aku cekik-cekik monyet tu, tapi aku hanya mampu pandang monyet tu dengan mataku yang berair. Lagipun maybe monyet aku tu tak sengaja kot, ahaha, ada pulak gitu.. Yang kedua tu pulak tak pasti sebab apa, coz my mum kata arnab tu memang dah kaku masa my mum tengok. Tapikan aku rasa dia kesakitan, coz malam sebelum kematiannya tu arnab tu ada terjatuh dari peganganku. Memang nervous gila jugaklah aku tyme tu, tapi bila aku tengok balik macam ok jerr arnab tu siap berlari-lari macam tak ada apa jadi. Tapi tak sangka esok paginya tyme aku pergi kerja arnab tu pun pergi. Aku rasa bersalah sangat..

Sebab kejadian tu, aku dah surender nak bela haiwan tu, aku hanya dengar cerita kawan sekerja aku pasal arnabnya.. But now, aku dah bersemangat nak bela semula. Insha Allah aku akan jaga dengan dengan baik. Haiwan tu pun mahkluk Allah, tak salah kalau kita kongsi rezeki yang ada bersama, kan? So thats all for tonight, nanti kang ada cerita pasal mereka ni aku update. Tapi itu pun kalau aku ada masa lah update, hee..

p/s : Semonga kali ini bertahanlah arnab-arnab itu, semoga kekal sihat ya Inci & Minci..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019