Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Wednesday 21 October 2015

FILEM Review : GOOSEBUMPS

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v


Hai korang, hari ni tetiba rasa nak review filem pulak. Nak feeling² jadi pengkritik filem kunun, hee.. Aku ni bukanlah kaki wayang sangat pun, tapi bila ada kawan ajak pergi tengok wayang memang aku pantang, pantang menolak mesti pergi. Kadang tu, kalau tahu ada movie best tengah main, rasa nak pergi saja tengok walaupun seorang diri, tapi bila difikir² balik memang tak best pergi sorang² rasa dunia ni sunyi sangat. Kalau pergi dengan kawan² sure happening giler, gempak gitu..

Sebelum ni memang ada ternampak ‘behind the scene’ filem ni. Nampak macam best rasa tak sabar nak tengok pun ada. Bila dah tengok, memang cerita ni best, santai, kelakar dan tidaklah seram sangat sampai buat kita meremang.  Semua lapisan masyarakat boleh tengok, walaupun ada part² yang tak sesuai untuk kanak² tapi tak banyaklah, sikit je kot, hehe..

Filem ni banyak guna karakter novel yang dikatakan betul² hidup selepas penulisnya menulis buku tersebut. Dalam filem ni Slappy The Dummy lah yang jadi ketua untuk semua watak² dalam novel. Lebih kurang nak keluar dan balas dendam pada penulis buku tu. Dia telah melepaskan semua watak tersebut dan cuba memusnahkan bandar yang manusia lain duduk. Karakter yang buat saya gelak banyak ialah karakter Champ yang dilakonkan oleh Amy Ryan. Dia sememangnya kelakar dan bendul orangnya, ada saja benda yang dia buat akan buatkan kita tergelak, tak kering gusilah bila menonton.

Inilah Slappy The Dummy, seramkan pandangannya? wuuu~
Okeylah, meh kita baca sinopsis filem nie, dan tengok trailernya (saja);
Filem Goosebumps ini menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Zach (Dylan Minnette) yang risaukan Hannah(Odeya Rush) yang mempunyai seorang ayah yang bernama R.L Stine (Jack Black) begitu garang pada awal pertemuannya sebagai jiran baru. Zach merasakan yang dia sudah jatuh hati dengan Hannah dan mengambil berat pada apa yang akan berlaku pada Hannah bila dimarahi oleh ayahnya. Sehinggakan pada satu malam, Zach menyelinap masuk ke dalam rumah Hannah (walaupun telah diberi amaran oleh ayah Hannah untuk menjauhi rumahnya). Di sini bermula ceritanya apabila Zach telah membuka salah satu buku yang dikunci dan tanpa diketahui olehnya yang buku itu mempunyai “nyawa” yang tersendiri. Selebihnya, anda tengoklah sendiri.. 


p/s : aku tak pandai sangat nak kritik² nie, apa yang aku tulis hanya pendapat semata-mata, kalau kamu ada pendapat lain bolehlah komen ye? 



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019