Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday 28 December 2015

DAA : Grand Final

Moshi-moshi (^.^)v

Entri aku yang lalu pasal Top 6 kan? Sudah baca? Terima kasih.. Aku malas mahu merepek banyak, so aku terus sajalah dengan keputusannya ya?

Lesti DA1 (Indonesia) 
Evi Masamba (Indonesia)
Irwan DA2 (Indonesia) - TERSINGKIR
Danang DA2 (Indonesia)  
Shiha Zikir (Malaysia)  
Fitri Hiswandy (Malaysia)

Agak mengejutkan resultnya kan? Biasalah reality show ni memang banyak kejutan dan ada saja kejutan yang tidak terjangka. Banyak jugaklah rakyat Indonesia tak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Rata² mereka berpendapat yang penjurian yang dilakukan oleh pihak Dewan Juri tidak adil  dan tidak masuk akal. Walhal dewan² juri terdiri daripada mereka² yang berpegalaman dalam bidang musik. 

Pada malam berikutnya (24 Dis 15), Battle untuk Top 5 pulak berlangsung dan keputusannya ;

Danang DA2 (Indonesia) 
Lesti DA1 (Indonesia) 
Shiha Zikir (Malaysia) 
Evi Masamba (Indonesia) - TERSINGKIR
Fitri Hiswandy (Malaysia)

Keputusan kali ini lagi mengejutkan, Evi yang merupakan juara kedua selepas Lesti untuk salah satu pertandingan dangdut yang disiarkan di Indosiar adalah salah seorang calon peserta yang telah dijangkakan akan layak ke final. Namun, rezeki tidak memihak kepada beliau.

Kemarahan rakyat Indonesia semakin menjadi-jadi, sehinggakan 2 peserta dari Malaysia Shiha dan Fitri mengalami gangguan emosi ketika membuat persembahan dek kerana kencaman² keyboard warrior di laman² sosial.

Namun, mereka masih tetap bertahan dan bangkit untuk meneruskan perjuangan yang semakin hampir ke kemuncaknya. Di Top 4, peserta² yang masih tinggal diberikan peluang dua kali/hari bertanding untuk mengumpul markah dari dewan² juri seperti selalunya, dan result untuk top 4 adalah; 

Lesti DA1 (Indonesia) 
Danang DA2 (Indonesia)  
Shiha Zikir (Malaysia)  
Fitri Hiswandy (Malaysia) - TERSINGKIR

Dan tibalah saat² yang dinantikan, acara kemuncak DAA malam ini, iaitu Grand Final yang akan menentukan juara D’academy Asia untuk pertama kalinya.


Jika anda ingin menyaksikan secara live pergi sahaja ke www.vidio.com. Marilah kita bersama-sama mendoakan dan menyokong perjuangan Shiha yang membawa nama Malaysia. Sama² kita nantikan siapakah yang bakal menjuara DAA ini.


p/s : semoga berjaya Shiha






♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019