Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday 14 December 2015

DAA TERKINI : Top 10

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v



Sudah lama rasanya aku tak update pasal DAA ni kan? Rasa macam dah banyak tertinggal ni. Tak apa, aku rajin hari ni so aku akan trylah update sebaik mungkin, InsyaAllah..

Entry yang lepas aku update pasal Top 15. So mari kita semak siapa yang berjaya ke pusingan seterusnya dan siapa yang tersingkir ;

DA Asia Grup A
Irwan DA2 (Indonesia)
Shiha Zikir (Malaysia)
Henny Hanip (Singapura) - yang TERSINGKIR 30 Nov 2015

DA Asia Grup B
Lesti DA1 (Indonesia)
Wan Syuhada (Malaysia)
George Maxson (Brunei ) - yang TERSINGKIR 02 Dis 2015

DA Asia Grup C
Danang (Indonesia)
Fitri Hiswady (Malaysia) - yang TERSINGKIR 04 Dis 2015
Yaniey Junaini (Brunei)

DA Asia Grup D
ATY DA2 (Indonesia)
MimiFly (Malaysia)
Neff Asley (Brunei) - yang TERSINGKIR 06 Dis 2015

DA Asia Grup E
Evi Masamba (Indonesia)
Hazman (Malaysia)
Anna Abdul (Brunei) - yang TERSINGKIR 08 Dis 2015

Namun, perjuangan peserta yang tersingkir tidak terhenti di situ sahaja.Pada 9 Disember, mereka diberi peluang sekali lagi ke pusingan Wild Card. Di mana hanya dua daripada lima orang peserta dipilih untuk ke pusingan seterusnya iaitu Top 12.

Berbeza dengan sebelum ini, nasib para peserta ditentukan dengan point yang diberi oleh Dewan² Juri, tapi pada kali ini komentator/pengkritik diberi kuasa sepenuhnya menetukan siapa yang harus dan layak untuk diberi peluang sekali lagi dengan memberi lampu hijau (layak) atau merah (gagal) mengikut persembahan yang mereka tunjukan. So mari kita semak keputusannya ;

Tahniah Henny dan Fitri :)
Setelah selesainya pusingan Wild Card, pusingan Top 12 pulak berlangsung. Pusingan kali ini hanya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Format pertandiangan sama juga dengan sebelum-sebelumnya. 

Malam semalam merupakan malam result untuk kumpulan B dan merupakan malam terakhir untuk pusingan Top 12. Keputusan pusingan kali ini agak mengecewakan kerana dua orang peserta yang tersingkir adalah dari Malaysia.


Grup A
Irwan DA2 (Indonesia)
Lesti DA1 (Indonesia)
Evi Masamba (Indonesia)
Wan Syuhada (Malaysia)
Yaniey Junaini (Brunei)
Hazman (Malaysia) - TERSINGKIR 11 Disember 2015


Grup B
Henny Hanip (Singapura)
Danang (Indonesia) 
Aty DA2 (Indonesia) 
Shiha Zikir (Malaysia) 
Fitri Hiswandy (Malaysia)
MimiFly (Malaysia) - TERSINGKIR 13 Disember 2015

Malam ini pula akan berlangsungnya pusingan Top 10. Tiada perubahan kumpulan yang dilakukan. Setiap peserta dari setiap kumpulan akan diberi dua kali (hari) untuk bertanding mengumpul point sehingga salah seorang dari setiap kumpulan tersingkir. 

Nampak gayanya pertandingan ini seperti didominasikan oleh peserta dari Indonesia. Tidak dapat dinafikan lagi kehebatan peserta² mereka yang sentiasa mendapat pujian dan mengumpul mata tertinggi disetiap pusingan. Sepertinya kita dah boleh agak siapa yang akan menjuarai pertandingan ini.

Tapi mungkin terlalu awal untuk kita buat ramalan walaupun itu mungkin kenyataan, kita tunggu dan lihatlah dulu bagaimana hasilnya kerana peserta dari negera kita tak kurang hebatnya denagn sandaran utama kita, Shiha dan Syuhada yang setiap hari dapat dilihat peningkatannya. Jadi teruskanlah menyokong mereka agar mereka lebih bersemangat untuk terus berjuang.


p/s : sukanya tengok Amelina jadi komentator 















♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019