Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday 3 December 2015

Jenis² Maskara Untuk Menjaga Bulu Mata

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v


Maskara adalah salah satu bahan kosmetik yang mesti ada pada setiap wanita. Mesti korang semua dah tahu apa fungsinya kan? Jadi aku tak payahlah aku merepek banyak sangat.

Aku ni sebenarnya kalau bab² make up ni memang faillah. Sebab aku bukannya selalu bermake up, kalau pergi kerja pun setakat pakai lipgloss dan bedak compact sahaja, too simple right? Tapi bila pergi ke majlis² tertentu memang ada tambahan sikitlah itupun hanya tambah eye liner dengan maskara. Kepingin jugak nak belajar make up sebenarnya, tapi nantilah, hee..

Tapi ingat penggunaan maskara ni tak boleh selalu, takut nanti bagi effect dengan bulu mata kita apa lagi bila kita tersalah pilih maskara. Kang rosak bulu mata nanti menyesal tak sudah. So untuk mengelakkan perkara itu berlaku aku nak kongsi jenis² maskara yang sesuai untuk bulu mata kita, jangan ambil mudah tau?

1. Maskara anti gumpal (Non-Clumping Mascara)
Jenis anti gumpal berisi bahan-bahan tambahan seperti ekstrak sutra dan gliserin untuk membuat maskara lebih halus dan tidak menggumpal. Biasanya maskara anti gumpal dilengkapi dengan sikat yang panjang untuk meminimalkan gumpalan.

2. Maskara melentikkan bulu mata (Curling mascara)
Maskara ini digunakan untuk membuat bulu mata anda lebih lentik.

3. Maskara Water Proof (Tahan Air)
Maskara waterproof tidak memiliki bahan sensitif terhadap air, tahan terhadap keringat dan kelembaban, tahan terhadap hujan dan air mata. Maskara waterproof sesuai digunakan untuk acara pernikahan ataupun acara diluar. Maskara waterproof dapat dihilangkan dengan menggunakan make-up remover. Namun, tidak digalakkan untuk orang yang memiliki bulu mata yang halus kerana dapat menyebabkan kerosakan.

4. Maskara untuk memanjangkan bulu mata (Lengthening mascara)
Lengthening mascara adalah pilihan terbaik jika anda memiliki bulu mata pendek. Lengthening mascara dilengkapi dengan bulu sikat yang tebal untuk membantu meratakan maskara pada bulu mata.

5. Maskara untuk menebalkan bulu mata (Volumizing mascara)
Volumizing mascara dapat menambahkan volume untuk bulu mata Anda. Volumizing mascara berisi zat polimer silikon dan lilin yang membuat bulu mata Anda terlihat lebih tebal.


p/s : semoga bermanfaat :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019