Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday 25 December 2015

DAA : TOP 6 (UPDATED!)

Moshi-moshi (^.^)v

Oleh kerana hari tu entry aku berterabur sana sini sampai sakit mata dan hati aku melihatnya, maka hari ini dengan kerajinan yang ada aku update balik untuk kesenangan hati aku, hee..

 Korang dah baca ke entri aku yang lepas? Yang ini bah.. Sudahkah? Bagus, terima kasih. Kepada yang belum baca tu silakanlah baca itupun kalau sudi dan kalau berkeinginan untuk tahu. Tiada paksaan, jangan risau..

Tidak perlulah aku membebel panjangkan? Inilah hasil konsert DAA untuk Top 10 yang sudah berlalu;


1. Lesti DA1 (Indonesia) 
2. Evi Masamba (Indonesia)
3. Irwan DA2 (Indonesia) 
4. Yaniey Junaini (Brunei) - TERSINGKIR 15 Disember 2015
5. Wan Syuhada (Malaysia) 

1. Danang (Indonesia)  
2. Shiha Zikir (Malaysia)  
3. ATY DA2 (Indonesia) 
4. Fitri Hiswandy (Malaysia)
5. Henny Hanip (Singapura) - TERSINGKIR 17 Disember 2015


Pada hari berikutnya pula, peserta yang masih terselamat meneruskan perjuangan mereka untuk layak ke pusingan seterusnya. Persaingan sengit kian terasa antara para peserta yang masih tersisa. Setiap mereka memperlihatkan peningkatan masing². Terutama sekali peserta dari Malaysia yang masih bertahan. Mereka membuktikan yang mereka jugak boleh bersaing dengan peserta² dari Indonesia yang memang mempunyai kekuatan dalam pertandingan ini.

Pada 18 dan 19 Disember. DAA telah didatangi oleh tetamu istimewa iaitu penyanyi nombor 1 negara kita the one & only Dato Siti Nurhaliza. Memang meriah DAA tersebut dengan kehadiran beliau. Oleh sebab sambutan yang hangat daripada para penonton, dengar khabar Dato Siti akan tampil sekali lagi, tapi belum dipastikan bila. Kita tunggu dan lihat kata penganjur.



Keputusan Top 8 pulak adalah ;

1. Lesti DA1 (Indonesia)
2. Evi Masamba (Indonesia)
3. Irwan DA2 (Indonesia)
4. Wan Syuhada (Malaysia) - TERSINGKIR 19 Disember 2015

1. Danang (Indonesia)  
2. Shiha Zikir (Malaysia)  
3. ATY DA2 (Indonesia) TERSINGKIR 21 Disember 2015
4. Fitri Hiswandy (Malaysia)

Setelah berehat untuk sehari sempena menghormati hari ibu yang disambut setiap 22 Disember setiap tahun oleh tuan rumah (Indonesia), malam ini studio 5 akan dimeriahkan semula dengan D’academy Asia Top 6. Hanya tinggal dua peserta dari Malaysia yang tinggal dan 4 dari Indonesia. Semestinya persaingan yang hebat akan berlaku. Jadi kita nantikan keputusannya..

Lesti DA1 (Indonesia) 
Evi Masamba (Indonesia)
Danang (Indonesia)  
Irwan DA2 (Indonesia)
Shiha Zikir (Malaysia)  
Fitri Hiswandy (Malaysia)

p/s : semoga berjaya Shiha dan Fitri












♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019